- Ziarah warga emas & OKU
- Bakul makanan Pusat Khidmat Rakyat
- Bantuan segera keluarga terjejas
Calon Pakatan Harapan bagi N.20 DUN Labu. Berpengalaman dalam pengurusan, aktif dalam khidmat masyarakat dan komited mendengar suara penduduk Labu.
Sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, beliau telah terlibat dalam pelbagai program kebajikan, pendidikan, pembangunan komuniti dan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.
"Berpengalaman Mengurus. Konsisten Berkhidmat. Bersama Masyarakat Labu."


Dato' Ahmad Faez Abdul Razak, berusia 41 tahun, dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau ialah calon Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat bagi N.20 DUN Labu.
Dalam bidang kerjaya, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif di MBINS Development Sdn Bhd (2025–kini) serta Tuah Plantation Sdn Bhd (2022–kini).
Disiplin kerja dan daya tahan beliau sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penglibatan aktif beliau dalam sukan lasak ekuestrian berprestasi tinggi. Beliau merupakan atlet sukan berkuda lasak (endurance) Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).
Dalam penglibatan politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu (2024–2026) dan kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (2025–kini).
Dalam bidang pertubuhan (NGO), beliau aktif sebagai Exco Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) (2023–2025) serta Pengerusi Persatuan Kebajikan Negeri Sembilan (PEKANS) (2023–2025).
Klik setiap kad untuk lihat perincian program & galeri berkaitan.
Pilih tumpuan untuk lihat inisiatif utama di bawahnya.
Dari bayi sampai warga emas — setiap peringkat hidup, ada manfaatnya. Tiada anak Negeri Sembilan yang dibiarkan tercicir.
Caruman SSPN RM200
Bantuan Anak Sekolah RM770 setahun • Sekolah Berasrama Penuh RM500
Ganjaran RM1,000
TVET percuma • Bantuan IPT RM500–RM1,500 • Sara hidup IPTA RM2,400 setahun • Komputer riba ditanggung sepenuhnya
Graduan kelas pertama RM5,000 • 30,000 pekerjaan berkualiti
Perkahwinan pertama RM500 • 20,000 Rumah Mampu Milik • Komuter Seremban–KL lebih kerap
Kanser RM1,000 • Pembedahan fistula RM3,000 • Peralatan ortopedik ditanggung sepenuhnya
Umur 65–69: RM200 setahun • Umur 70 ke atas: RM300 setahun
*Pendapatan isi rumah bawah RM8,000. Syarat lanjut tertakluk ketetapan pelaksanaan.
Senarai aktiviti dan lokasi turun padang yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Klik gambar untuk paparan penuh. Tapis mengikut kategori khidmat masyarakat.
Penduduk boleh menggunakan platform ini untuk:
Nota: Hanya nombor telefon dan akaun media sosial yang telah disahkan oleh pasukan rasmi calon akan disenaraikan di sini.